Thursday, January 29, 2009

KEM RUH V.2

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah,pada 19-21 Disember 2008 kem ruh 2 telah selamat dijalankan.
-Dialah Allah Tuhan yang menguasai segala urusan-

Thursday, January 1, 2009

FEEDBACK KEM R.U.H

Sebelum menyertai kem ini,saya rasa kurang yakin tentang kewujudan Allah. Selepas menyertainya saya yakin bahawa Allah itu ada dan berazam untuk jadi lebih baik. Kem ini telah beri kesedaran kepada saya bahawa pentingnya ibubapa kepada saya.
-Muhammad Aidin b. Kamaruzaman-

Ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas usaha dan pengorbanan ustaz. Anak lelaki saya ketara perubahannya. Sembahyang tanpa dikerah, tanpa bertangguh. Tidak melawan ibubapa lagi. Hanya Allah sahaja yang membalas budi ustaz.saya doakan semoga ustaz sejahtera dimurahkan rezeki.
-Pn. Aishah bt. Hamzah-

Selepas menyertai kem ini,saya dapat rasakan hadirnya kasih dan sayang dalam hati saya. Kasih sayang yang lebih menebal dan mendalam terhadap kedua ibubapa dan keluarga saya. Saya juga rasa berdosa terhadap mereka. Saya ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan taat dan anak yang soleh kepada ibubapa saya.
-Mohd. Shahrin Nizam b. Majid-

Dengan mengikuti kem ini, timbul kesedaran tentang kebesaran Allah dan betapa pentingnya ibubapa dalam kehidupan kita sebagai seorang anak.
-M. Firdaus b. Najmi-

Salam,ustaz. Terima kasih banyak-banyak,anak2 saya dah tak susah lagi nak suruh sembahyang.masuk waktu je terus solat.
-Pn. Rohana-kepong-

Kem ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam pada anak-anak saya, the best kem yang pernah mereka attended. Terima kasih ustaz kerana melibatkan anak2 saya dalam kem ini. Hanya Allahyang membalas jasa baik ustaz.
-En. Ahmad-

-DIAlah Allah Tuhan yang menggenggam jiwa manusia-